Ekonomi

Operasi AirAsia Jepun dihentikan serta-merta

SATU lagi tamparan kepada industri penerbangan apabila AirAsia Japan Co. Ltd sah menamatkan operasi mereka serta-merta semalam. Ia ekoran permintaan yang terus menurun akibat wabak Covid-19.

Ditubuhkan pada Julai 2014, AirAsia Jepun yang berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu Centrair menawarkan penerbangan domestik dan antarabangsa.

AirAsia Jepun dalam kenyataannya memberitahu, pandemik Covid-19 telah memberikan kesan berpanjangan kepada ekonomi seluruh dunia termasuk kepada syarikat penerbangan itu.

Sekatan perjalanan dan ketidakpastian yang timbul telah mengurangkan permintaan bagi perjalanan perniagaan mahu pun pelancongan yang menyumbang kepada penurunan jumlah penerbangan, pembatalan dan penggunaan pesawat. Semua itu mempengaruhi kemampuan AirAsia Jepun untuk terus beroperasi.

Wakil Pengarah dan Ketua Pegawai Operasi AirAsia Jepun, Jun Aida berkata, walaupun telah berusaha untuk mengekalkan operasi melalui inisiatif pengurangan ko namun syarikat membuat keputusan, sangat mencabar bagi syarikat meneruskan operasi tanpa kepastian pemulihan pasca Covid-19.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada penumpang setia serta pihak berkepentingan lain yang telah menyokong selama ini. Keputusan untuk menghentikan operasi sangat memedihkan namun tidak diputuskan secara tergesa-gesa atau dipandang ringan.

“Perkara ini telah dipersetujui setelah melakukan tinjauan perniagaan secara menyeluruh. Langkah lebih lanjut mengenai keputusan ini akan dilakukan sejajar dengan undang-undang dan peraturan di bawah Akta Aeronautik Awam Jepun.

“Kami telah membatalkan semua penerbangan. Semua penumpang terjejas akan dihubungi melalui e-mel dengan maklumat lebih lanjut dalam tempoh tujuh hari lagi,” katanya dalam kenyataan itu. – SM

(Visited 879 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button