Nasional

Jomo, Sham Sani pula dicadangkan sebagai pengganti Maszleee

PAKAR ekonomi, Prof Jomo KS dan bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Emeritus Datuk Dr. Sham Sani merupakan dua nama terbaharu yang dicadang menggantikan Dr. Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan.

Dua nama tokoh akademik itu dicadangkan oleh  Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak).

Itu merupakan antara tiga cadangan yang dikemukakan oleh Gerak untuk memperkasakan semula kementerian pendidikan.

Yang pertama ialah memisahkan kementerian pendidikan kepada dua, iaitu kementerian menguruskan pendidikan rendah dan menengah. Yang merumuskan strategi dan polisi untuk pendidikan awal hingga ke sekolah menengah.

Dan kementerian berasingan untuk pendidikan tinggi.

“Pendidikan formal moden terlalu komplek dan rumit untuk dilonggokan di bawah satu kementerian,” kata Gerak dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook.

Yang kedua, Gerak mahu supaya pendidikan kalau boleh dinyahpolitikkan . Ini bagi membolehkan lebih bersedia untuk berhadapan dengan perubahan dunia yang mencabar.

“Ketika ramai yang mencanangkan nama ahli politik yang sudah malap dan ijazah palsu sebagai menteri pendidikan selepas ini, Gerak mencadangkan hanya dua nama – KS Jomo dan Sham Sani.

“Kedua-duanya adalah tokoh besar intelektual yang mempunyai pengalaman luas dalam akademik. Kedua-duanya kami yakin dapat mengalihkan kayu-kayu mati dan membawa perubahan yang sebenar.

“Yang ketiga ialah siapa sahaja yang mengambil alih tugas menteri selepas ini perlu memandang serius proposal 10 perkara untuk perubahan oleh Gerak dan terus dengan proses yang telah dimulakan oleh Dr. Maszlee,” kata kenyataan itu.

Ini termasuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), serta jawatankuasa bebas untuk memilih naib canselor universiti awam dan jawatankuasa integriti bebas menyiasat kes-kes penipuan dan penyelewengan di universiti.

Katanya, sepanjang tempohnya Dr. Maszlee, sebuah jawatankuasa bebas baru untuk memilih naib canselor universiti awam ditubuhkan pada pertengahan 2019.

“Ini selaras dengan pandangan Gerak dalam menghapuskan lantikan politik dalam jawatan teratas universiti dan pelaksanaan prosedur pemilihan bebas.

“Ia tidak berjalan dengan lancar, sebahagian besarnya disebabkan oleh penentangan oleh penjawat kini, yang telah menggunakan amalan standard lama untuk mendapatkan sokongan individu dan institusi yang kuat di luar akademia.

“Bagaimanapun, prosedur telah dilaksanakan bagi menggantikan cara-cara lama feudal dan kaitan politik ini.

“Sekarang terserah kepada semua pihak yang terlibat untuk memastikan sistem ini berfungsi bagi kebaikan universiti awam Malaysia,” kata kenyataan itu. – SM

(Visited 727 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button