Nasional

UPSI berjaya bangunkan modul 3M yang berkesan majukan pendidikan orang asli

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berjaya membangunkan Modul 3M yang berkesan dalam membantu memajukan tahap pendidikan orang Asli di negeri Perak.

Prof Dr Norkhalid Salimin.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin merangkap Pengarah Program EmpowerNCER Akademik@Perak , UPSI diberi tanggungjawab melaksanakan program Bersepadu Orang Asli sejak 2020 dibawah Program EmpowerNCER Akademik @Perak.

Prof Madya Dr Mohd Izwan Shahril.

Beliau berkata pada tahun ini UPSI masih diamanahkan untuk meneruskan program berkenaan agar usaha meningkatkan pencapaian akademik anak-anak orang Asli berkesinambungan.

Beliau berkata program itu bertujuan meningkatkan pencapaian akademik dan peratusan kehadiran murid orang Asli terutama dalam fasa peralihan ke tahun enam dan sekolah menengah menerusi kaedah pengajaran tambahan berkesan berdasarkan modul yang dibangunkan oleh pakar-pakar pendidikan UPSI.

“Modul ini merangkumi asas pembelajaran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira, kelestarian minat, motivasi, kemahiran insaniah, serta komunikasi,” katanya.

Murid orang Asli bersama Modul 3M Yang dibangunkan oleh UPSI.

Melalui program ini turut membantu graduan daripada UPSI dan IPT lain untuk mendapat peluang pekerjaan. Mereka yang terpilih dilantik untuk mengendalikan bengkel di kampus yang menggunakan modul 3M di kolej kediaman yang ternyata ia begitu efektif.

Sepanjang tahun lalu, katanya, seramai 900 murid orang Asli dari 15 buah sekolah di lima daerah iaitu daerah Muallim, Batang Padang, Kampar, Hulu Perak, Kinta dan Kuala Kangsar terbabit dengan program EmpowerNCER Akademik@Perak yang berupaya memantapkan tahap akademik dan sahsiah murid selain memberi pendedahan kepada murid tentang dunia luar.

Selain itu seramai 1,400 pelajar keluarga B40 daripada 22 sekolah di tujuh daerah di Perak memperoleh manfaat daripada program penyerahan peranti tablet di bawah program EmpowerNCER Akademik@Perak.

Mahasiswa UPSI nengendalikan program berpandukan Modul 3M.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UPSI yang juga Timbalan Pengarah Program EmpowerNCER Akademik@Perak berkata selain UPSI dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), IPT tempatan, ibu bapa, ketua komuniti , serta pertubuhan bukan kerajaan.

Beliau berkata hal itu selaras dengan komitmen kerajaan bagi tahun 2022 yang memperuntukkan sebanyak RM274 juta untuk komuniti orang Asli bertujuan melaksanakan program peningkatan taraf hidup orang Asli seperti pemberian subsidi, bantuan persekolahan serta bantuan kebajikan untuk manfaat hampir 200 ribu orang Asli,” katanya.

(Visited 202 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button