Jenayah

Khairuddin lapor SPRM salah guna kuasa Anwar

KENYATAAN AKHBAR

LAPORAN SALAHGUNA KUASA DAN UNSUR-UNSUR AMALAN RASUAH OLEH DATO SERI ANWAR IBRAHIM SEPERTIMANA TERKANDUNG DALAM KENYATAAN SUMPAH BERKANUN DATUK ABDUL MURAD BIN KHALID PADA 26 OKTOBER 1999

Syukur alhamdulillah pada jam 8:24 pagi 3 Ogos 2023 saya telah menerima pesanan ringkas dari SPRM ‘Status SPRM/INFO/2023/272884 Diputuskan Dalam Tindakan SPRM.’

Saya telah membuat laporan pada SPRM mengenai tajuk yang tertera di atas dan memohon agar Tan Sri Azam Baki serta SPRM menyiasat pendedahan yang dibuat oleh mantan Penolong Gabenor Bank Negara sepertimana kandungan kenyataan surat sumpah berkanun beliau pada tahun 1999.

Laporan ini dibuat di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada 2 Ogos 2023 jam 11 pagi yang dikendalikan

oleh pegawai SPRM Senior Assistant Commissioner Premraj Victor.

Insya-Allah, saya tidak akan membuat sebarang bentuk spekulasi dan akan terus memantau perkembangan siasatan selanjutnya.

Buat masa ini kita harus menghormati tata-kelola serta prosedur pentadbiran SPRM untuk mengendalikan kes siasatan ini.

Harapan saya agar Ketua Pesuruhjaya SPRM memikul tanggungjawab beliau secara jujur dan amanah untuk menyiasat kes ini secara komprehensif, professional, adil serta saksama secara ‘without fear and favour’ bagi memerangi sebarang bentuk amalan rasuah di negara kita secara habis-habisan.

Pihak SPRM adalah sebuah badan pencegahan rasuah yang pada realitinya harus berani menyiasat setiap kes-kes rasuah tanpa ‘memilih bulu’ dan tidak menjadi satu badan ‘cover up’ pada mana-mana individu waimah pemimpin-pemimpin  kerajaan masakini.

Sesungguhnya juga, penghormatan serta keyakinan rakyat jelata terhadap badan pencegahan rasuah ini bergantung pada tahap professionalisma mereka mengendalikan penyiasatan sepertimana yang dilaporkan.

Walaupun saya mempunyai pengalaman yang kurang baik dan agak mengecewakan dengan SPRM ketika melawan kes skandal 1MDB dari tahun 2014 sehingga 2018 dahulu tetapi kali ini tidak boleh membuat rumusan yang sama sehinggalah siasatan selesai terlebih dahulu.

Sekali lagi dalam isu melawan salahlaku Dato Seri Anwar Ibrahim sebenarnya saya tidak bersifat emosional tetapi sesungguhnya saya hanya mahu menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab dalam melawan salahguna kuasa mahupun amalan rasuah di tanahair yang tercinta ini semata-mata.

Ada kalangan yang menyoal saya kenapa baru hendak bangkitkan isu yang berlaku pada tahun 1999 pada masa ini?

Sebagai jawapannya Dato Seri Anwar Ibrahim juga sedang menuduh tokoh-tokoh lain seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin serta tokoh-tokoh korporat Melayu lain dengan isu-isu yang kononnya berlaku pada tahun-tahun 1980an dan 1990an.

Dato Seri Anwar Ibrahim harus berhenti menuduh orang lain sebagai ‘kaki sakau’ kerana setakat ini imej beliau juga kelihatan sebagai ‘Mat Sakau’ sehinggalah siasatan menunjukkan beliau benar-benar bersih dari perbuatan ‘menyakau.’

Dalam masa yang sama secara ikhlas saya ingin mengingatkan badan-badan penguatkuasaan  undang-undang di negara kita agar berfungsi secara peofessional, adil mahupun saksama kepada keseluruhan rakyat Malaysia.

Yang Ikhlas,

KHAIRUDDIN ABU HASSAN

Pengerusi

Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu

4 Ogos 2023

(Visited 382 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button