Rencana

Apa lagi yang kita ada, semalam yang sedih…

SEMALAM sarat dengan kisah sedih. Berita tujuh orang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19.

Kemalangan babitkan sekumpulan kakitangan perubatan yang mengorbankan seorang doktor dan anak kecil.

Dan anak kecil itu pula terpaksa dibawa bertugas kerana tiada pengasuh untuk menjaganya.

Kisah penunggang grabfood maut kemalangan dan hanya ditemui orang setelah beberapa jam kerana tiada yang lalu ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lebih malang lagi tidak siap yang menyaksikan kejadian itu sama ada ia kejadian langgar lari atau sebaliknya.

Kisah sedih itu kita terpaksa hadam ketika telah melalui 12 hari PKP dan masih berbaki 14 hari lagi.

Tidak pernah dalam sejarah kehidupan negara ini yang cukup dirahmati, kini dicengkam musibah.

Namun ia bukan negara kita sahaja berdepan dengan situasi getir ini, bahkan seluruh dunia dan ada negara yang lebih buruk kesannya.

BACA:

Kita lihat di Sepanyol dan Itali jumlah mereka yang meninggalkan sangat menakutkan sehingga mencecah ribuan.

Jadi apa lagi yang boleh kita boleh lakukan, selain patuh kepada arahan PKP dan ada sesetengah kawasan telah diperketatkan lagi kawalan.

Tidak perlulah keluar rumah, sebaliknya duduklah di dalam kediaman masing-masing walaupun ia bukan mudah.

Marilah kita sama-sama memberi semangat kepada rakan-rakan dan saudar-mara serta rakyat Malaysia walaupun di dalam media sosial sahaja.

Tempoh ini sebenarnya memberi pengajaran yang sangat besar kepada kita untuk bersabar dan mematuhi arahan kerajaan dan pada masa yang sama bermuhasabah diri.

Semoga selepas ini negara kita lebih aman dan kasih sayang kita sesama manusia lebih akrab tautannya.

Bagi mereka yang mempunyai Jalur Gemilang kibarlah bendera kebanggaan kita sebagai tanda kita sedang berjuang.

Kita sekarang sedang berjuang menentang wabak, maka kibarlah bendera yang menjadi lambang negara kita.

 

(Visited 410 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button