Luar Negara

Sering melihat Robocar POLI, kanak-kanak tahu dail 999 selamatkan ibunya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun memanjat pagar keselamatan dan menghubungi nombor kecemasan selepas ibunya terjatuh tangga.

Menurut laporan Yahoo News UK, Thomas Boffey tinggal bersendirian dengan ibunya, Kayleigh Boffey, 33 telah menghubungi talian 999 untuk memaklumkan mengenai keadaan ibunya yang tidak sedarkan diri ketika itu.

Thomas dikatakan tahu mengenai talian kecemasan itu kerana sering melihat siri animasi Robocar POLI di YouTube.

Siri animasi yang berasal dari Korea itu menceritakan mengenai kereta polis, ambulan, jentera bomba dan mengajar cara untuk bertindak diwaktu kecemasan.

Ibu kanak-kanak tersebut telah dirawat di hospital kerana kecederaan lutut, buku lali, bahu dan pinggul namun kini sedang berehat dirumahnya di Rowley Regis, West Midlands.

“Dia seperti wira kecil terutamanya untuk usianya, sangat menakjubkan bagaimana dia tahu apa yang perlu dilakukan dan dia faham serta tidak takut.

“Saya mahu orang ramai tahu apa yang anak saya lakukan dan betapa pentingnya untuk anak-anak belajar apa yang perlu dia lakukan jika berlaku kecemasan,” katanya.

Thomas dikatakan menolak kerusi untuk memanjat pagar keselamatan yang dipasang turut berjaya membuka pintu buat anggota polis yang dihantar kerumahnya. -SM

(Visited 211 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button