NasionalNegeri

Program Sehari Bersama Rakyat Sempena Hari Wanita Sedunia mendapat sambutan

PROGRAM Sehari Bersama Rakyat Sempena Hari Wanita Sedunia 2023 mendapat sambutan kalangan warga di sekitar Kangar mengambil kesempatan untuk bertemu agensi dan jabatan kerajaan yang ‘turun padang” untuk membantu.

Ia dianjurkan oleh Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Indera Kayangan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis di Kompleks Belia dan Sukan Perlis di sini hari ini.

Perasmian dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling.

Sempena dengan program ini juga diadakan beberapa taklimat antaranya oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Perlis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan juga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Selain itu juga diadakan pameran dan kaunter khidmat pelanggan dari pelbagai agensi dan jabatan kerajaan.

Turut diadakan juga jualan langsung oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), jualan barangan oleh usahawan JPW dan pemeriksaan kesihatan, perkhidmatan “JPJ Mobile”. – SM

(Visited 197 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button