Jenayah

LTTE: Adakah sebab mereka DAP saya tak boleh ‘sentuh’?

KETUA Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay melahirkan kekesalan berkaitan kes melibatkan kumpulan yang disyaki berkaitan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang ditahan sebelum ini.

Ketika itu Ayob Khan merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman.

Dalam satu wawancara bersama portal berita Malaysia Gazzate, Ayob Khab mendedahkan tentang cubaan parti politik tertentu memberi tekanan dalam proses siasatan terhadap sekumpulan individu yang ditahan atas tuduhan memberi sokongan kepada LTTE.

“Tetapi kenapa bila saya tangkap ADUN DAP dalam kes kumpulan LTTE, ia boleh menjadi isu sampai peringkat nak pinda undang-undang sebagainya, ini apa cerita?

“Adakah sebab mereka DAP saya tak boleh ‘sentuh’? Adakah mereka di atas undang-undang? Jadi kena adillah dan jangan campur tangan dalam kerja-kerja polis.

“Kami hanya petugas awam yang akan pencen bila umur mencecah 60 tahun…kami tidak ‘bias’ dan berpihak, kalau sesuatu perkara itu salah dari segi undang-undang, maka salahlah,” katanya seperti dipetik dari laporan MalaysiaGazette, hari ini.

Ayob berkata demikian dalam temuramah khas dengan MalaysiaGazette di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Johor Bahru baru-baru ini.

Beliau turut menyuarakan kehairanan kerana tiada seorang pun yang merungut apabila beratus-ratus anggota Jemaah Islamiah termasuk pengikut Daesh ditahan semasa bertugas Bahagian Antipenganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman dahulu.

Pada Oktober tahun lalu, Polis Diraja Malaysia berpuas hati dengan siasatan kes berhubung 12 individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Negeri Sembilan dan Melaka yang ditahan kerana disyaki terbabit dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Ayob Khan yang menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman berkata, kertas siasatan terhadap suspek LTTE sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara pada Rabu lalu.

Bagaimanapun pada 21 Februari lalu, Jabatan Peguam Negara di bawah Pakatan Harapan membuat keputusan memberhentikan prosiding undang-undang terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas, menegaskan keputusan itu dibuat selepas mendapati tiada prospek jelas untuk sabitan terhadap semua tertuduh dengan mana-mana 34 pertuduhan yang sedang dihadapi mereka.

Tommy berkata, beliau membuat keputusan itu mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkannya menjalankan kuasa budi bicara selepas menilai kes berkenaan mengikut undang-undang
Antara yang dituduh sebelum ini ialah anggota DAP iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek yang juga Pengerusi Jawatankuasa (EXCO) Perpaduan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, G Saminathan, ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran.-SM

 

 

 

(Visited 812 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button