Nasionalpilihan

JKOA perkasa Program Keusahawanan Orang Asli

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) memperuntukkan sebanyak RM 10.9 juta untuk Program Keusahawanan Orang Asli di Malaysia sejak 2016 sehingga 2022.

Timbalan Menteri 1, Pembangunan Luar Bandar Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, peruntukan tersebut akan digunakan untuk melahirkan usahawan-usahawan Orang Asli dengan bantuan pembinaan premis perniagaan, bantuan peralatan perniagaan dan kursus dan seminar keusahawanan.

Timbalan Menteri 1, Pembangunan Luar Bandar Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Usahawan Orang Asli 2022 di Ipoh, Perak semalam. Foto: UKK KPLB

“Bagi menjana dan meningkat ekonomi masyarakat Orang Asli, JAKOA menganjurkan Karnival Usahawan Orang Asli 2022 (KUOA 2022) sebagai   sebuah platform mengetengahkan keunikan produk-produk usahawan mereka”.

Beliau berkata demikian ketika sidang media KUOA 2022 di Bulatan Sultan Azlan Shah, di Ipoh Perak semalam. Turut hadir Ketua Pengarah JAKOA, Puan Sapiah Mohd Nor.

“KUOA 2022 merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk memberikan peluang penglibatan yang sama kepada semua, terutamanya masyarakat Orang Asli dalam menjana dan meningkatkan ekonomi mereka, seiring dengan aspirasi kerajaan bagi memastikan warga Orang Asli seiring dengan masyarakat perdana”, ujar Abdul Rahman lagi.

“Selain itu, KUOA 2022 ini mampu mencapai matlamat utamanya untuk membantu kaum Orang Asli mempertingkatkan kemahiran komunikasi dan interaksi mereka, serta mengetengahkan bakat yang diperolehi kepada masyarakat.

Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad berucap di Majlis Perasmian Karnival Usahawan Orang Asli 2022 di Ipoh, Perak semalam. Foto: UKK KPLB

Meskipun berbeza kepercayaan, latar belakang dan budaya, kita meraikan “keterangkuman” dalam perbezaan, demi menjunjung semangat Malaysia, sebagai sebuah negara bangsa.

“KUOA 2022 anjuran JAKOA ini merupakan karnival edisi ke-13 yang dianjurkan untuk usahawan di kalangan masyaraka orang asli dengan 34 usahawan dipilih menyertai KUOA ini.

Abdul Rahman turut menyarankan agar masyarakat orang asli dapat membudayakan keusahawanan secara dalam talian sekaligus dapat memperluaskan pasaran produk sehingga ke seluruh negara.

Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad beramah mesra dengan salah seorang peserta Karnival Usahawan Orang Asli 2022 di Ipoh, Perak semalam. Foto: UKK KPLB

“Kita turut mempunyai Desamall@KPLB yang menghubungkan usahawan KPLB dan Agensi dengan portal membeli belah secara dalam talian seperti SHOPPEE dan LAZADA. Justeru itu, kita akan melaksanakan program rebonding keusahawanan orang asli untuk mereka memahami kaedah perniagaan secara dalam talian.

Beliau menambah, bidang keusahawan yang dijalankan oleh masyarakat orang asli kini telah menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dengan pelbagai keunikan hasil kraf dan produk-produk masyarakat orang asli kini turut dipasarkan dengan kaedah konvensional dan serta menerusi jualan dalam talian sekaligus mampu meningkatkan pendapatan masyarakat orang asli di Malaysia. – SM

Artikel berkaitan > KUOA 2022 bakal tampilkan produk usahawan Orang Asli berkualiti

(Visited 560 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button