Nasionalpilihan

JKM Melaka lancar kod QR

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri hari ini melancarkan kod QR Prih@tinJkmMelaka bagi membolehkan sebarang aduan dan masalah kini boleh dibuat secara atas talian.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Datuk Kalsom Noordin berkata, inisiatif yang diambil oleh JKM itu bertujuan memantapkan dan menambah baik sistem perkhidmatan sedia dengan lebih berkesan.

Menurutnya, ia secara tidak langsung dapat menyalurkan aduan dan maklum balas berkaitan perkhidmatan JKM dengan cepat dan lebih efisien.

Katanya, orang ramai kini boleh membuat aduan dan memberikan sebarang maklumat berkaitan penderaan kanak-kanak, warga emas yang hidup terbiar, anak yatim, semakan status Orang Kurang Upaya (OKU), bantuan kewangan dan sebagainya.

“Hari ini orang ramai sudah boleh buat sebarang bentuk aduan, maklum balas dan sebagainya dengan hanya mengimbas kod QR yang boleh didapati di laman sosial Facebook JKM Melaka.

“JKM negeri telah memberi jaminan sebarang masalah yang dibuat secara atas talian, mereka akan selesaikan dalam tempoh tujuh hari waktu bekerja.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada JKM Melaka kerana dapat melancarkan kod QR dalam masa yang singkat dan menjadi JKM pertama di negara ini menggunakan perkhidmatan atas talian,” ujarnya kepada pemberita selepas melancarkan Kod QR Prih@tinJkmMelaka di pejabat JKM negeri, Kota Cemerlang, Ayer Keroh di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah JKM negeri, Zulkifli Hanifah; Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita negeri, Nurul Huda Kamarul Zahari dan Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Nor Azman Mohd. Noor.

Mengulas lanjut Kalsom berkata, walaupun kod QR diperkenalkan namun medium sedia ada menggunakan talian telefon dan kaedah bersemuka di mana-mana pejabat kebajikan di negeri ini masih terpakai untuk sebarang aduan dikemukakan.

Katanya, kaedah itu diperkenalkan bagi memastikan isu dan permasalahaan rakyat dapat disampaikan secara terus agar perkhidmatan dapat disalurkan dengan kadar segera.

“Menggunakan kod QR ini amat mudah kerana orang ramai hanya melengkapkan borang dengan mengisi butiran seperti nama, alamat, daerah, no telefon dan isu serta masalah yang hendak dikemukakan,” ujarnya.

Kalsom menegaskan menggunakan kod QR itu membolehkan orang ramai mendapat maklumat yang betul, tepat dan benar.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan orang ramai dapat memanfaatkan kod QR Prih@tinJkmMelaka agar pihak JKM dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. – SM

(Visited 218 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button