Luar Negara

 17 maut dalam nahas jalan raya di Mesir

SEKURANG-KURANGNYA 17 orang maut dan empat lagi cedera dalam nahas jalan raya apabila sebuah bas mini dan trak bertembung di Wilayah Sohag, di selatan Mesir, semalam.

“Lima belas ambulans dikerah ke tempat kejadian untuk membawa mangsa yang cedera ke Hospital Awam Sohag.

“Siasatan awal mendapati pemandu bas mini hilang kawalan dan merempuh lori yang datang dari arah bertentangan,” kata Gabenor Sohag, Tarek al-Fiqy kepada Xinhua.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Mesir telah meningkatkan perkhidmatan rangkaian lebuh rayanya, membina jalan dan jambatan baharu serta membaiki jalan lama untuk mengurangkan risiko kemalangan. – SM

(Visited 91 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button