Luar Negara

Rakyat Malaysia di Rusia hadapi masalah perbankan

KUALA LUMPUR: Semua rakyat Malaysia termasuk pelajar di Rusia selamat kerana keadaan keseluruhan di negara ini tenang dan aman, menurut kedutaan Malaysia di Moscow.

Kedutaan itu, dalam satu kenyataan malam tadi, bagaimanapun berkata sesetengah rakyat Malaysia mungkin menghadapi kesukaran untuk mengakses perkhidmatan perbankan dan kewangan tepat pada masanya, seperti gangguan kepada Pemindahan Dana Elektronik (EFT) dari Malaysia ke akaun mereka dengan bank tertentu di sana.

Ia berkata pihak berkuasa Rusia telah meneliti perkara itu kerana Bank Pusat Rusia telah memberi jaminan kepada orang ramai bahawa ruble (mata wang Rusia) terus tersedia dan boleh diakses.

“Institusi yang sama telah mengambil langkah untuk memastikan kecairan domestik mencukupi, membolehkan orang ramai lebih mudah mengakses wang tunai.

“Rakyat Malaysia yang masih menghadapi masalah perbankan EFT dengan akaun Rusia mereka, atau/dan memerlukan bantuan konsular dinasihatkan untuk menghubungi kedutaan melalui e-mel khusus kami ([email protected]),” menurut kenyataan itu.

Kedutaan akan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa Rusia yang berkaitan dan akan terus memberi tahu rakyat Malaysia mengenai perkembangan selanjutnya melalui saluran khusus tersebut.

Kedutaan juga menasihatkan semua rakyat Malaysia untuk bertenang dan meneruskan rutin mereka, kerana perkhidmatan awam berjalan seperti biasa, dan barangan serta perkhidmatan keperluan kekal tersedia, berpatutan dan boleh diakses.

Beberapa negara telah mengenakan sekatan ekonomi dan kewangan ke atas Rusia selepas Presiden Vladimir Putin mengarahkan tentera ke negara jiran Ukraine untuk “operasi ketenteraan khas”.

 

(Visited 251 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button