fbpx
Politik

Jika rumit, BN akan tolak undian peringkat jawatankuasa – Najib

DATUK Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) masih mempunyai peluang untuk menolak belanjawan dibentangkan pada peringkat jawatankuasa, jika proses pengeluaran Skim i-Sinar KWSP tetap rumit.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, prosesnya tidak seharusnya sengaja menafikan hak rakyat untuk mengeluarkan wang mereka sendiri.

“Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit..

“Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia hanya mendapat persetujuan dari KWSP pada pagi ini. Hanya dipersetujui KWSP dan Menteri Kewangan pagi hari ini (semalam).

“Sebab itu, marilah kita bersabar untuk seketika dan berilah sedikit ruang bagi KWSP mengumumkan secara terperinci berhubung proses baru bagi skim yang telah ditambahbaik pagi ini,” katanya.


“Saya dan BN bersangka baik bahawa KWSP akan permudahkan segala pengeluaran dan tidak akan menyusahkan atau sengaja menafi hak Rakyat untuk mengeluarkan wang mereka sendiri.

“Jika masih rumit atau menyusahkan, BN masih ada peluang untuk menolak bajet pada undian peringkat jawatankuasa.

“Jikapun bajet diluluskan sepenuhnya dan kerajaan masih tidak tepati janji mereka pada kita dan Rakyat, saya dan BN masih ada cara serta jalan untuk tuntut kerajaan penuhi tuntutan-tuntutan ini, katanya.

Katanya, Pemuda UMNO berjanji untuk memantaunya dari segi perlaksanaannya dan beliau memohon semua berhubung dengan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di cawangan masing-masing sekiranya masih dipersulitkan dengan pelbagai syarat tidak munasabah.

“Jika komitmen serta janji kerajaan PN ini tidak tertunai maka BN akan mengambil tindakan lanjut,” kata Najib.

Dalam pada itu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata,

kebersamaan UMNO memberi semangat untuk menjadi penyambung lidah kepimpinan di setiap peringkat, ahli-ahli UMNO dan rakyat.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pula berkata,

kerajaan PN harus segera merancang agar Belanjawan 2021 dapat segera di laksanakan tanpa ketirisan, karenah birokrasi dan keutamaan yang tersasar.

Ahli Parlimen pula, kata beliau, terus berperanan melakukan semak dan imbang bagi memastikan belanjawan yang diluluskan dilaksana dengan sesegera mungkin dengan efisyen.

(Visited 88 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button