Politik

Jika PH teruskan ‘jual-beli’ MP, baik bubarkan Parlimen

ADALAH lebih baik untuk membubarkan Dewan Rakyat sekiranya operasi ‘jual-beli’ ahli-ahli Parlimen (MP) terus dilakukan oleh Pakatan Harapan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, adalah wajar mandat dipulangkan semua kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang benar-benar jujur berjuang menjaga kebajikan mereka berbanding berebut kuasa

“Jika operasi ‘jual-beli’ dan ‘tarik-tali’ dikalangan Ahli-Ahli Parlimen terus dilakukan oleh PH yang kononnya telah mencapai kata sepakat antara Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan Kerajaan.

“Maka lebih baiklah dibubarkan saahaja Parlimen dan diserahkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin-pemimpin yang benar-benar jujur berjuang menjaga kebajikan mereka berbanding berebut kuasa terutamanya di kala rakyat makin susah pasca PKP ini,” kata Asyraf Wajdi.

Semalam berlangsung mesyuarat pemimpin kanan Pakatan Harapan bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad di ibu pejabat PKR.

Turut hadir Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

BACA PH mahukan Dr. Mahathir sekali lagi sebagai Perdana Menteri

BACA Jika PH teruskan ‘jual-beli’ MP, baik bubarkan Parlimen

Media melaporkan Pakatan Harapan (PH) dikatakan masih meletakkan harapan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri jika mereka kembali membentuk kerajaan.

Malaysiakini melaporkan, berdasarkan maklumat daripada satu sumber, pemimpin tertinggi dalam pakatan itu telah membuat keputusan selepas beberapa siri perbincangan.

Memetik laporan portal berita itu, minggu lalu menyaksikan banyak pertemuan antara para pemimpin berkenaan dan persetujuan telah dicapai.

salah seorang pemimpin Bersatu, Datuk Marzuki Yahya mengakui PH bersama sekutunya yang kini dikenali sebagai PH Plus dikatakan telah mencapaikan persetujuan bersama berhubung calon Perdana Menteri.

Marzuki Yahya, ketika ditanya media di Ibu Pejabat PKR semalam mengenai hal itu menjawab “Ya”.-SM

(Visited 311 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button