fbpx
Politik

Jika Mukhriz menang Presiden Bersatu, Anwar melepas

SEMALAM Presiden Warisan, Shafie Apdal menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat memohon Dewan membincangkan usul undi percaya kepada Dr. Mahathir iaitu bekas Perdana Menteri yang telah meletakkan jawatan dengan sendirinya tanpa disuruh oleh orang dua bulan lepas.

Lamunan Shafie ini adalah supaya Mahathir boleh menjadi Perdana Menteri sekali lagi buat kali ketiga.

Semalam juga Anwar Ibrahim berkata, dia adalah ketua pembangkang di Dewan Rakyat.

Ini bermakna, jika pembangkang ada cukup Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan, dia (Anwar) kononnya akan jadi Perdana Menteri.


Awal minggu ini Mukhriz iaitu anak kepada Dr. Mahathir menyeru partinya Bersatu untuk kembali kepada PH.

Mukhriz juga telah umum untuk bertanding jawatan Presiden Bersatu mencabar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin dalam pemilihan Bersatu bulan depan.

Jika Mukhriz menang sebagai Presiden Bersatu dan berjaya membawa Bersatu kembali ke dalam PH, dia juga tentunya mahu jadi Perdana Menteri.

Mahathir dan Shafie Apdal tentunya akan sokong Mukhriz sebagai Perdana Menteri dalam PH sebab mereka berdua pun rimas dengan Anwar.

Ini bermakna jika Mukhriz menang jawatan Presiden Bersatu dan Bersatu kembali masuk PH dan PH mempunyai cukup Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan, Mukhriz akan jadi Perdana Menteri dan Anwar masih tidak akan jadi Perdana Menteri dan akan melopong lagi.

Ramai betul yang berebut untuk jadi Perdana Menteri dalam PH ini.

Namun semua mereka yang gila kuasa ini akan melepas lagi.

Rakyat sudah bosan dengan perebutan kuasa dalam PH ini terutama di kala negara berhadapan dengan pelbagai krisis.

Sebab itu jika Mukhriz menang sebagai Presiden Bersatu, besar kemungkinan Parlimen akan dibubar untuk Pilihanraya Umum ke-15 pada tahun ini. – Oleh: ISHAM JALIL – Penganalisis isu-isu semasa – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button