Kesihatan

Perokok dijangkiti Covid-19 berisiko dua kali ganda

Para perokok yang dijangkiti Covid-19 mempunyai risiko hampir dua kali ganda lebih tinggi untuk mendapat komplikasi seperti gangguan pernafasan, kerosakan buah pinggang dan kerosakan hati.

Selain itu, perokok yang dijangkiti Covid-19 mempunyai tahap keterukan jangkitan lebih tinggi berbanding golongan bukan perokok.

Ini adalah berdasarkan kepada hasil kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Institut Kesihatan Negara (NIH) dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.

Kajian dilakukan terhadap 5,889 pesakit Covid-19 yang dirawat di semua hospital seluruh negara pada 1 Februari hingga 31 Mei 2020.

Hasil kajian tersebut juga adalah selari dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta kajian yang telah dijalankan di beberapa negara lain.

Demikian titah perutusan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis sempena ‘Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia’ yang disambut semalam iaitu 31hb Mei 2021.

Pada masa yang sama, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Sirajuddin Hashim memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia serta Jabatan Kesihatan Negeri Perlis secara khususnya, sentiasa komited dalam melaksanakan pelbagai strategi untuk mengurangkan penggunaan tembakau dan mengelakkan pendedahan asap rokok kepada orang ramai.

Antaranya adalah dengan;

i. Memberi pendidikan dan promosi kesihatan kepada semua peringkat umur bermula di sekolah rendah, menengah serta institut pengajian tinggi dalam memberi kesedaran tentang bahaya rokok.

ii. Penguatkuasaan dijalankan terhadap 23 tempat larangan merokok yang telah diwartakan di bawah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018.

iii. Mewujudkan perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok di semua klinik kesihatan di negeri Perlis serta di Hospital Tuanku Fauziah Kangar.

iiii. Menjalankan Program mQuit Masjid dengankerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan Program mQuit Universiti dengankerjasama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). serta

iv. Perkhidmatan secara atas talian melalui laman web www.jomquit.com atau menghubungi talian 03-8883 4400. Perkhidmatan ini juga boleh diakses melalui aplikasi My Sejahtera.

(Visited 81 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button