Nasionalpilihan

Pelaburan berteras pelancongan dipelawa ke Perlis – Raja Muda

LEBIH banyak pelaburan berteraskan pelancongan seperti hotel, taman tema, menara tinjau dan beberapa infrastruktur lain dialu-alukan untuk dibangun dan dilaksanakan di negeri Perlis dalam usaha menambah baik sektor ini.

Golongan muda tempatan turut digalakkan untuk menceburi bidang ini khususnya yang berteraskan perkhidmatan bagi memastikan ianya mampu berterusan dan menjadi tulang belakang dalam menyokong industri pelancongan.

Demikian menurut hebahan Istana Arau dititahkan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan menyerahkan cenderamata sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 kepada Joey Chen, Pengurus Besar Kawasan Holiday Villa Hotel & Residence di Doha, Qatar baru-baru ini.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil beserta anakanada-anakanda iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Turut mengiringi Baginda ialah Duta Besar Malaysia, Zamshari Shaharan dan isteri, Fazlinda Fudzil.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbual dengan Joey Chen dan Zamshari Shaharan (kanan sekali) di Doha, Qatar baru-baru ini.

Sementara itu, Joey Chen memaklumkan bahawa Holiday Villa Hotel & Residence Doha merupakan ikon Hospitaliti Malaysia di Qatar.

Katanya, hotel ini diuruskan oleh Holiday Villa Hotels & Resorts iaitu sebuah syarikat pengurusan hotel Malaysia.

Hotel ini memiliki sembilan bangunan dengan 357 bilik hotel dan 401 unit pangsapuri berperabot lengkap.

Kedudukannya yang strategik terletak di tengah-tengah Doha berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, pusat pelancongan yang terkenal (Souq Waqif, Kampung Budaya Katara dan Corniche), pusat aktiviti perniagaan seperti pusat Pameran dan Konvensyen Doha, Zon Aspire dan mercu tanda terkenal yang lain menjadikannya ideal untuk para pelancong bagi tujuan perniagaan mahupun percutian.

Hotel ini juga terkenal dengan masakan asli Malaysia dan Asia serta menyajikan Sarapan Ketika Hujung Minggu Malaysia, Makanan Tengahari Malaysia, dan Menu Set Asia (Cina dan Jepun), perisa yang menjadikan nama Malaysia sebagai “Truly Asia.”

Holiday Villa Doha telah berjaya memikat hati para penginap dan penduduk tempatan dengan Icono View Restaurant, sebuah restoran yang menyajikan masakan Arab, India, Asia dan juga Barat.

D-Villa Residence, CitiVilla Hotel & Service Residence dan ViVilla Resort & Residence juga merupakan sebahagian daripada Holiday Villa Hotel & Residence di Doha, Qatar.

Untuk rekod, Raja Muda pernah melancarkan kempen Promosi Masakan Perlis sebanyak dua kali sebelum ini iaitu di Lagenda International Restaurant Holiday Villa 1 pada Mei 2012 dan Seri Kebaya Restaurant Souq Waqif pada 2 Oktober 2013 yang kini sudah tidak lagi beroperasi. – SM

Artikel berkaitan > Warga Malaysia di luar negara pulang bercuti dipelawa ke Perlis – Raja Muda

(Visited 103 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button