Politik

 Jika BN menang PRU, diskaun 50% rumah mampu milik Selangor

MCA Selangor mencadangkan harga rumah mampu milik di Selangor diturunkan sebanyak 50%, jika Barisan Nasional (BN) berjaya merampas negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua MCA Selangor, Ng Chok Sin mencadangkan harga rumah mampu milik yang dibina di bawah program kerajaan negeri dikurangkan daripada RM250,000 kepada RM125,000.

Tetapi syaratnya ialah BN berjaya menang di Selangor, katanya dipetik The Star.

Bercakap dalam Konvensyen BN Selangor semalam, Ng berkata, MCA berharap BN akan meneliti pemberian bantuan kepada usahawan, khasnya wanita dengan menyediakan modal dan latihan untuk mereka.

“Akan wujud pusat sehenti merangkumi semua agensi kerajaan berkaitan untuk memanfaatkan usahawan dalam usaha menjadikan Selangor hab keusahawanan terbesar di negara ini,” katanya. – SM

(Visited 160 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button