Ekonomi

SME Bank terbit satu lagi Sukuk Kelestarian

SME Bank mencatat satu lagi terbitan Sukuk Kelestarian menerusi proses penetapan harga yang mencatatkan permintaan sebanyak RM536 juta yang melebihi jumlah awal yang disasarkan iaitu RM300 juta.

Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Dr. Aria Putera Ismail berkata, di sebalik pasaran yang mencabar dan situasi kenaikan kadar keuntungan, Sukuk Kelestarian SME Bank ditetapkan harga terbitan pada kadar keuntungan kompetitif 4.04%.

“Sukuk Kelestarian SME Bank telah menerima permintaan yang baik daripada institusi pembiayaan tempatan, syarikat pengurusan dana dan insurans serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) sekali gus menandakan tahap keyakinan yang tinggi daripada komuniti pelaburan terhadap keupayaan SME Bank untuk memenuhi mandatnya dalam membimbing dan membangunkan PKS,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Perbendaharaannya, Mohd Nazri Abu Samah, pula berkata hasil daripada terbitan ini akan digunakan untuk membiayai projek berkaitan ESG.

Selain itu, SME Bank juga dapat menawarkan penyelesaian pembiayaan yang lebih inovatif untuk perusahaan kecil dan sederhana.

“Program Sukuk Wakalah jaminan bukan kerajaan SME Bank ini telah diberi penarafan AAA oleh Malaysian Rating Corporation Bhd dan juga standard Emas, penarafan tertinggi untuk rangka kerja Sukuk Kelestarian agensi penarafan itu,” katanya.

SME Bank kini sedang dalam proses penerimagunaan Alam Sekitar, Tadbir Urus Sosial

(ESG) secara menyeluruh dan komprehensif dalam operasinya.

Ia kini dalam tahun kedua perlaksanaan  Pelan Hala Tuju Kemampanan Tiga Tahun di mana tumpuan menginstitusikan budaya ESG di seluruh Bank dan mewujudkan kesedaran ESG secara maksimum dengan pelanggan dan menetapkan Rangka Kerja Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang komprehensif dan tersendiri.

Pembangunan Rangka Kerja SDG ini membabitkan beberapa perkara penting seperti

penilaian materialiti antara pihak berkepentingan SME Bank, mengenal pasti jurang dan menyelaraskan strategi SME Bank dengan matlamat ESGnya.

(Visited 97 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button