Nasional

Jho Low nak ‘settle’ 1MDB dengan bayar RM1.5 bilion kepada Kerajaan

Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dipercayai menawarkan RM1.5 bilion kepada kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan pertuduhan terhadapnya berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selepas ‘samun’ RM15 bilion, senang-senang sahaja Taek Jho ini tawar 1.5 bilion untuk ‘settle’. Banyak Cantik JLo!

Anak Cina yang menghancurkan ekonomi negara dengan bebanan hutang, jatuhkan Kerajaan UMNO-BN selepas 61 tahun dan jatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang terlalu mempercayai Anak Cina ini daripada penasihat-penasihat ekonomi Melayu yang lain.

Tidak semudah itu mahu selesai. Selagi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memimpin Kerajaan.

Untuk bacaan semua, menurut laporan The Edge yang memetik sumber mereka pada Jumaat lalu, kerajaan bagaimanapun telah menolak tawaran tersebut.


Jho Low yang didakwa menyeleweng wang 1MDB, berdepan saman AS$3.78 bilion (kira-kira RM15.85 bilion) yang difailkan oleh 1MDB dan empat anak syarikatnya.

Dia dipercayai diwakili oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam rundingannya dengan kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun Mohamed Apandi dilaporkan tidak menjawab pertanyaan The Edge mengenai perkara itu.

Mohamed Apandi adalah individu yang melepaskan bekas Perdana Menteri, Najib Razak daripada sebarang salah laku dalam 1MDB pada 2016 semasa beliau berkhidmat sebagai Peguam Negara (AG) di bawah pentadbiran Najib.

Susulan pertukaran kerajaan pada 2018, Najib didakwa menyalahgunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu termasuk Pengerusi Lembaga Penasihat (BOA) 1MDB untuk menerima suapan.

Beliau juga menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM4.3 bilion wang 1MDB.

Sementara perbicaraan bagi pertuduhan itu sedang berjalan, Najib didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020 kerana menyalahgunakan kuasanya berhubung kelulusan pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) kepada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Beliau juga disabitkan tiga pertuduhan, setiap satu pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana SRC yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya antara 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015.

Sementara itu, peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, meskipun Jho Low merupakan buruan dikehendaki, dengan notis merah yang dikeluarkan Polis Antarabangsa (Interpol) terhadapnya, undang-undang hak asasi membenarkannya untuk dibela dan masih boleh melantik peguam bagi mewakilinya.

“Mana-mana peguam boleh mewakili suspek, sama ada suspek berada dalam atau luar negara. Walaupun orang itu diburu dan bukan di sini (Malaysia), peguam di sini boleh mewakilinya secara ‘in absentia’ iaitu tanpa ketidakhadiran,” katanya.

Tambah Haniff, peguam berkenaan juga tidak diwajibkan untuk memaklumkan pihak berkuasa keberadaan anak guamnya, walaupun beliau mengetahuinya.

Katanya, satu-satunya cara peguam terpaksa membocorkan lokasi anak guam kepada pihak berkuasa adalah sekiranya terdapat maklumat suspek akan melakukan jenayah selanjutnya.

“Jika tidak, apa sahaja isu tertakluk pada keistimewaan, namun setakat Jho Low mengadakan perbincangan untuk berunding dengan kerajaan bagi menyelesaikan saman undang-undangnya, tidak ada salahnya,” katanya. – SUMBER SINAR HARIAN – SM

(Visited 82 times, 1 visits today)

Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button