Sukan

Kejohanan golf berprestij kembali selepas empat tahun menyepi

SELEPAS empat tahun menyepi, kejohanan golf berprestif kembali menemui peminat di negara ini dengan penampilan wajah dan nama baharu dikenali kejohanan golf Terbuka Bandar Malaysia.

Kejohanan tersebut yang menggantikan Terbuka Malaysia sebelum ini menawarkan hadiah berjumlah AS$1 juta dan bakal disertai oleh pemain-pemain terbaik daripada Kejohanan Jelajah Asia dan Jelajah Jepun.

Pemain tuan rumah seperti Danny Chia, Ben Leong, Sukri Othman dan beberapa pemain senior antaranya M. Ramayah, S. Murthy dan Rashid Ismail turut memberi cabaran dalam kejohanan golf Terbuka Bandar Malaysia yang akan berlangsung pada 5 – 8 Mac depan di Kelab Golf Kota Permai di Shah Alam hari ini.

Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA), Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor berkata, beliau bersyukur dan amat menghargai kesanggupan Bandar Malaysia Sdn. Bhd. untuk menjadi penaja utama kejohanan golf tersohor pada kali ini.

“Dengan menjadi penaja utama kejohanan ini, Bandar Malaysia bukan sahaja menghidupkan kembali kejohanan golf berprestif yang ‘menyepi’ selama empat tahun tetapi turut memberi peluang kepada seramai 40 pemain profesional negara ini termasuk pemain senior dan amatur.

“Kita juga turut berterima kasih kepada penaja-penaja lain seperti Tourism Malaysia, Kelab Golf Kota Permai, Hotel Sunway Clio, 100Plus, Callaway, Titoni, Crestlink, Kenwood, Bandaraya Shah Alam dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis memperkenalkan jenama dan logo baharu kejohanan golf Terbuka Bandar Malaysia serta para penaja di Kelab Golf Kota Permai hari ini.

Yang turut hadir Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria; wakil Asian Tour, Charlie Tingey; Pengarah Perbandaran dan Operasi Kelab Golf Kota Permai, Tan Meng Long serta wakil-wakil penaja kejohanan. -SM

(Visited 84 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button