BeritaSukan

Jersi jawi Juventus trending, Dong Zong masih kecoh

KETIKA di Malaysia kecoh dengan bantahan kelompok pelampau Cina Dong Zong terhadap penggunaan tulisan jawi di sekolah, pasukan bola sepak Juventus telah memperkenalkan jersi terbaharu menggunakan tulisan jawi.

Jersi terbaharu mereka dengan tulisan nama jawi direka khas bagi kempen Piala Super Italia 2019.

Juventus selaku juara Serie A akan menentang juara Copa Italia, Lazio di Riyadh.

Adidas dan Juventus telah melakukan kerjasama dengan artis kaligrafi Arab-Maghribi iaitu Shaker Kashgari bagi menyediakan design terbaru jersi mereka beserta nama pemain yang ditulis dari tulisan Jawi.

Nampaknya pasukan dan pemain Juventus tak takut dengan tulisan jawi ni.

Tulisan ini juga adalah kali pertama ditampilkan dan ia mengetengahkan kaligrafi tradisional arab.

Arab juga menggunakan tulisan jawi ini bagi nama dan Juventus telah bersetuju menggunakannya bagi menghormati seni tradisional masyarakat arab.

Selain itu, ini juga bagi menunjukkan perbezaan yang wujud di dalam pasukan mereka di mana 14 orang pemain mereka datang dari tempat dan latar belakang berbeza.

Nampak sangat jumudnya pemikiran penyokong Dong Zong ini. Memang tidak salah digelar sebagai pelampau.

Suara Merdeka berharap ada pasukan negeri kita yang akan mengikut jejak itu bagi menghidupkan kembali tulisan jawi di negara ini.

Kebangkitan tulisan jawi melalui sukan dapat mengelakkan tulisan yang juga warisan Melayu itu dikaitkan dengan fobia Islam yang disebarkan ke seluruh dunia termasuk negara ini.

Kita hidup dalam masyarakat majmuk, tulisan jawi diraikan, begitu juga tulisan Cina dan Tamil.

Agaknya negeri mana yang akan menyahut seruan ini dan adakah Persatuan Bolasepak Malaysia membenarkannya?

(Visited 112 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button