Mahkamah

Longgok sisa pejal: Dua syarikat, seorang individu didenda RM10,000

Gara-gara melonggokkan sisa pepejal terkawal tanpa kebenaran dua syarikat dan seorang individu masing-masing didenda RM10,000 selepas mereka mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka di sini hari ini.

Mereka melakukan kesalahan itu antara April 2018 hingga 20 Januari lalu sekitar Cheng, Batu Berendam dan Bukit Katil dalam daerah Melaka Tengah.

Hakim Darmafikri Abu Adam, menjatuhkan hukuman itu terhadap sebuah syarikat yang diwakili pengarahnya, Chong Teck Sin, 62, selaku Orang Kena Saman (OKS), selepas mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin.

Sementara itu sebuah lagi syarikat Y.J.T Constuction & Trading Sdn. Bhd. yang diwakili penyelianya, Tan Siew Heng dan seorang individu lain, Fong Chia Fatt, 35, turut mengaku bersalah melakukan kesalahan sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 71(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 dan dihukum mengikut Seksyen 71(8).

Akta sama memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Abd. Hadi Abd Wahab yang memohon kesemua tertuduh dikenakan hukuman setimpal atas faktor kepentingan awam selain sebagai pengajaran kepada OKS.

Kesemua tertuduh merayu agar denda diringankan atas alasan mereka sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.

Hakim kemudiannya menetapkan setiap tertuduh didenda minimum RM10,000 dan semua tertuduh membayar denda tersebut – SM

(Visited 52 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button