KesihatanLuar NegaraPenyakit

Jepun lulus vaksin cacar untuk cegah cacar monyet

PANEL  pakar Kementerian Kesihatan Jepun telah meluluskan penggunaan vaksin cacar keluaran KM Biologic Co yang berpangkalan di Kumamoto untuk mencegah penyakit cacar monyet.

Vaksin cacar yang diluluskan kelmarin, Jumaat, didapati mempunyai kadar keberkesanan kira-kira 85% untuk mencegah cacar monyet, lapor Jiji Press.

KM Biologics ialah unit di bawah syarikat makanan dan farmaseutikal Jepun, Meiji Holdings Co.

Kementerian itu telah memberi vaksin berkenaan kepada 50 pekerja perubatan di Pusat Kesihatan dan Kebangsaan dan Perubatan Global untuk tujuan penyelidikan.

Setakat Rabu lebih 18,000 orang di 78 negara telah dijangkiti virus itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). – SM

 

(Visited 107 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button