Hiburan

Jennie nyaris patah kaki menjelang kemunculan semula Blackpink

Menjelang kemunculan semula kumpulan K-Pop popular, Blackpink pada 26 Jun depan, ada kisah berkenaan Jennie yang dirahsiakan rupanya.

Portal hiburan Allkpop melaporkan yang Jennie kini dalam fasa pemulihan selepas sebulan lebih bergantung pada alat sokongan di bahagian kaki.

Menurut Jennie, perkara itu terjadi ketika hari pertama dia ke gimnasium sebagai persiapan awal untuk kemunculan semula Blackpink.

“Buat masa ini jadual kerja saya kosong sebab saya cuba melakukan penjarakan sosial dan masa terluang itu saya isi dengan senaman di gimnasium.

“Tapi hari pertama di gim, kaki saya tersadung dan jatuh. Mujur tidak patah tulang tapi mengalami kecederaan di bahagian ligamen,” katanya.

Disebabkan itu, dia terpaksa memakai alat sokongan (half cast) di bahagian kaki selama lebih sebulan dan kini dalam fasa pemulihan.

“Saya terpaksa memakai alat sokongan di bahagian kaki (half cast) selama sebulan lebih. Sekarang ini dalam tempoh pemulihan,” katanya.

Dalam pada itu, agensi pengurusan baru melancarkan video promosi atau teaser membabitkan ahli kumpulan Blackpink iaitu Jisoo, Rose, Jennie, dan Lisa.

Video tersebut mendapat reaksi positif daripada peminat yang kelihatan tidak sabar untuk menantikan kemunculan dan imej baharu Blackpink. – SM

(Visited 529 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button