PolitikPRK

Abang Mat masih buat lawak

SELEPAS isu ‘terlepas cakap’ calon Pakatan Harapan (PH) daripada Bersatu, Karmaine Sardini, bahawa orang kampung tidak perlu duit yang banyak untuk menyara hidup, Mohamad Sabu pula masih terbawa-bawa dengan karektornya sebagai seorang ‘pelawak’ apabila mengeluarkan kenyataan kebudak-budakkan.

Dalam satu majlis yang diadakan di Taman Utama, Pekan Nanas malam tadi, Presiden Amanah yang juga Menteri Pertahanan itu berkata, wang saguhati kepada nelayan yang diterima sejak 2016, tidak boleh diberikan kerana pilihan raya kecil Tanjung Piai sedang berjalan.

Sebaliknya kata Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Abang Mat, kerajaan akan menguruskan pemberian wang saguhati  RM1,000 seperti yang dijanjikan kerajaan Johor kepada nelayan dari semasa ke semasa.

Sedarkah Abang Mat bahawa telah terlalu banyak janji yang ditaburkan kerajaan PH kepada pengundi sejak pilihan raya umum (PRU) lalu tetapi sehingga kini masih belum menjadi realiti?

Sekiranya PH benar-benar mengambil berat isu rakyat, mereka tidak perlu menunggu waktu pilihan raya untuk menghulurkan bantuan.

Sementelah Parlimen Tanjung Piai sebelum ini juga merupakan kerusi yang dimenangi calon PH.

Mengapa tetap mahu berjanji jika tidak mampu untuk ditepati?

Abang Mat dan wakil-wakil kerajaan terutama daripada DAP perlu sedar, sejak pilihan raya umum lepas, rakyat ternanti-nanti perubahan ke arah kesejahteraan hidup yang dijanjikan.

Jika kerajaan di bawah kepemimpinan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO dilihat penuh dengan kroni dan rasuah, rakyat mahu keadaan itu segera dibersihkan oleh kerajaan PH.

Malangnya apa yang terlihat ketika ini, tidak banyak perbezaan antara pemimpin PH dan BN. Malah, dalam banyak keadaan, PH pula sering kali disifatkan lebih ‘buruk’ berbanding BN.

Tindak-tanduk pemimpin seperti Abang Mat, jika sebelum memegang kuasa, masih boleh diterima sebagai gurauan, kini hanya menimbulkan resah.

Pelbagai persoalan juga muncul. Hakikatnya, cara layanan pemimpin yang menagih undi sebelum dan selepas satu-satu pilihan raya kecil akan terus dicatat dalam diari rakyat sementara menunggu ujian terbesar iaitu PRU-15.

Percayalah bagi orang kampung, BN masih tetap di hati mereka. Cumanya, keputusan mungkin berubah jika parti itu tersalah meletakkan calon.

(Visited 79 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button