Kemalangan

Jenazah Kapten Mohamad Affendi disemadikan di Muadzam Shah

Jenazah juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten Mohamad Affendi Bustamy, 31, yang maut  selepas pesawat Hawk 108 yang dikendalikan terhempas malam tadi akan dikebumikan di Muadzam Shah, Pahang hari ini.
Proses pengecaman jenazah dilakukan oleh isteri Mohamad Affendi, Nurul Izati Shari serta adik Allahyarham yang hanya dikenali sebagai Nur di Hospital Seberang Jaya (HSJ).
Mayat Allahyarham selesai dibedah siasat sekitar pukul 2 petang tadi di Hospital Seberang Jaya (HSJ), Pulau Pinang.
Sebaik selesai proses bedah siasat, jenazah Allahyarham dibawa ke Pangkalan Udara Butterworth untuk disolatkan sebelum diterbangkan ke Pahang bagi urusan pengebumian.
Nur berkata arwah abangnya berusia 31 tahun anak sulung daripada tiga beradik disifatkan seorang yang sangat bertanggungjawab dan baik kepada keluarga. Menurut Nur, kakak iparnya masih terkejut dengan kejadian yang berlaku.
Dalam kejadian pukul 10.07 malam tadi, sebuah pesawat Hawk 108 milik TUDM terhempas ketika dua
juruterbangnya mengadakan sesi latihan penerbangan malam.
Insiden itu menyebabkan Mohamad Affendi maut manakala rakannya, Mejar Mohd Fareez Omar,33 cedera dan kini menerima rawatan di HSJ dengan keadaannya dilaporkan dalam keadaan selamat dan stabil.-SM
(Visited 81 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button