Rencah Hidup

Jenazah bekas MB Johor dikebumi selepas Zohor

Jenazah bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Impian Emas, Johor Baharu selepas solat Zohor, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas itu kepada Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Senator Md Nasir Hashim.

“Jenazah Datuk Osman Sapian dijangka tiba tengah hari ini dari Damansara, Selangor. Ia akan dibawa ke Masjid Al Raudah, Kampung Dato Onn, Larkin untuk disolatkan sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Taman Impian Emas, di sini, untuk dikebumikan selepas Zohor nanti,” katanya ketika dihubungi.

Osman yang merupakan Menteri Besar Johor ke-16 dan yang pertama daripada Bersatu dilantik selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). disahkan meninggal dunia di kediaman anaknya di Damansara, kira-kira jam 11.45 malam tadi.

Sebelum ini, pada 13 Oktober media melaporkan Osman dikejarkan ke Hospital Pakar Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Johor kerana diserang strok ringan.

Osman kemudiannya dipindahkan ke Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) Selangor untuk mendapatkan rawatan selepas tahap kesihatannya merosot.

Pada 13 November lalu, Osman dilaporkan kembali stabil tetapi masih berada dalam pemerhatian rapi dan tidak sedarkan diri.

Allahyarham menjawat jawatan Menteri Besar Johor selama 11 bulan sebelum melepaskan jawatan pada April 2019. Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Bersatu Johor dan Ketua Bersatu Bahagian Ayer Hitam.-SM

(Visited 244 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button