Politik

Rundingan jajaran baru diteruskan, Zahid minta dilanjutkan tempoh serah surat sokongan

BERBAKI dua jam tempoh menyerahkan surat sokongan pembentukkan kerajaan, Zahid Hamidi meminta dilanjutkan bagi membolehkan perbincangan lanjut diteruskan.

Dalam sidang akhbar di Hotel Seri Pacific pagi ini, Zahid menegaskan tiada perbincangan dengan mana-mana pihak berhubung sokongan yang diadakan.

Bagaimanapun kelibat Anwar Ibrahim dan Mat Sabu dikesan di hotel yang sama.

Sebelum ini GPS telah bersetuju bergabung dengan PN, BN dan GRS bagi membentuk kerajaan.

Zahid menekankan bahawa pemimpin BN tidak ada menggerakkan sebarang inisiatif sedemikian.

Ekoran itu ramai yang berpendapat Zahid tetap mahu meneruskan agenda jajaran baharu iaitu BN bergabung dengan PH bagi membentuk kerajaan.

Sebelum ini pun telah terdedah perbualan telefon Zahid dan Anwar yang merancang kerjasama politik BN dan PH.

Jika ini berjalan, maka pertama kali kerajaan dibentuk tanpa parti dari Sabah dan Sarawak.

Sementara itu Hishamuddin Hussein dalam hantaran ke media sosial menyatakan beliau tetap tidak akan bekerjasama dengan Anwar dan DAP sebagaimana ditetapkan oleh perhimpunan agung UMNO yang lalu.

Difahamkan kerjasama BN dengan PH ini akan turut berjalan di Perak dan Pahang bagi membentuk kerajaan negeri.

 

(Visited 467 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button