Politik

Ahli PKR Cabang Arau, Padang Besar keluar parti

SEBANYAK 500 ahli PKR Perlis mengisytiharkan keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Cabang Arau, Izhar Kamaruddin Sudin mendakwa seramai 300 ahli PKR daripada Cabang Arau dan 200 ahli Cabang Padang Besar telah bertindak keluar parti.

“Kami semua bertindak keluar parti kerana Majlis Pimpinan Negeri (MPN) gagal mengutamakan kebajikan di peringkat akar umbi selain hilang kepercayaan terhadap Anwar,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Antara barisan kepimpinan PKR Perlis yang turut keluar parti ialah bekas pengerusi PKR negeri, Mohd Faisol Abd Rahman, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perlis, yang juga Ketua AMK Arau, Khairul Aqran Saffie dan Timbalan Ketua Cabang Padang Besar, Ahmad Sofi Abdul Manah.

Beliau berkata kesemua ahli yang keluar parti akan digerakkan menerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Penggerak Muafakat Nasional Perlis yang akan ditubuhkan dalam tempoh terdekat. – BERNAMA

(Visited 434 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button