Berita

Raja Muda Perlis saran ibu bapa pantau kesihatan anak

Ibu bapa haruslah sentiasa memantau tahap kesihatan anak-anak mereka dan segera mendapatkan rawatan jika terdapat sebarang simptom seperti penyakit berjangkit.

Tahap kesihatan yang baik perlu diutamakan di kalangan pelajar supaya mereka tidak hilang fokus, sihat, bersemangat, dapat hadir ke sekolah dan tidak ketinggalan di dalam pembelajaran.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri ‘Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan ke 6 bagi tahun 2020’ yang diadakan di Masjid Al-Saadah, Kg. Banggol Sena, Arau petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Dr Hazman Hassan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menyentuh mengenai perkembangan semasa, yang mana kita hari ini di peringkat global dikejutkan dengan tularnya penyebaran wabak penyakit berjangkit seperti Influenza A dan juga wabak Novel Coronavirus sejak beberapa minggu yang lalu. Justeru, para pelajar juga dinasihatkan untuk mengutamakan kesihatan diri dan juga keluarga. Kurangkanlah aktiviti luar khususnya di tempat-tempat awam, banyakkan minum air kosong dan sentiasa mencuci tangan dengan sabun sebersihnya selepas melakukan aktiviti luar.

Terdahulu, dilangsungkan ceramah khas yang disampaikan oleh wakil daripada pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis dan juga pengurniaan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada seramai 20 asnaf terpilih dari kalangan anak-anak kariah masjid berkenaan oleh bagibda selaku Yang DiPertua MAIPs. Turut diadakan ialah pameran promosi Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dan promosi untuk merekrut sukarela Rejimen 504 Askar Wataniah Pasukan Simpanan Tentera Darat.

(Visited 256 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button