Rencah Hidup

Kolej Komuniti Padang Terap gotong royong buat bubur lambuk

BUBUR lambuk diakui menjadi “ranking” teratas sebagai makanan paling popular di sepanjang Ramadan. Ia bukan sahaja digemari ramai semua golongan kerana keenakannya tetapi munculnya hanya setahun sekali iaitu di bulan Ramadan sahaja.

Agak unik juga, bubur lambuk juga menjadi satu-satunya makanan untuk disediakan secara beramai-ramai menerusi aktiviti gotong-royong pada bulan Ramadan ini.

Selain itu bubur lambuk biasanya dimasak secara banyak untuk diedar kepada orang ramai sebagai sedekah di bulan mulia ini.

Aishamuddin (kanan) turur bersama melakukan kerja menyediakan bahan bersama kakitangannya bagi program gotong-royong membuat bubur lambuk Kolej Komuniti Padang Terap.

Kolej Komuniti Padang Terap, Kedah juga tidak mahu ketinggalan meraikan amalan bergotong-royong membuat bubur lambuk untuk diedar secara percuma.

Pengarahnya, Ir. Ts. Mohd Aishamuddin Yaakob berkata, gotong-royong membuat bubur lambuk ini diadakan di perkarangan kampus kolej yang melibatkan seluruh kakitangannya.

“Bulan Ramadan ini merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan semangat kebersamaan dalam mengeratkan hubungan silaturahim sesama insan menjadi teras utama warga Kolej Komuniti Padang Terap,” katanya dalam satu kenyataan.

Kolej Komuniti Padang Terap menganjurkan program gotong-royong membuat bubur lambuk.

Katanya, sebanyak 200 bekas bubur lambuk dapat disediakan pada gotong-royong ini.

“Ia telah dikongsi dan diedarkan kepada seluruh warga kakitangan Kolej Komuniti Padang Terap termasuk pelajar yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama,” katanya.

Selain itu Aishamuddin berkata, ia juga diedar kepada agensi dan jabatan yang berhampiran sebagai simbolik bagi mengeratkan hubungan antara jabatan, termasuklah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Padang Terap, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Padang Terap, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Daerah Padang Terap dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang. – SM

BACA Peladangnita Bintong gotong-royong masak bubur lambuk

BACA Seronoknya Peladangnita PPK Bintong kacau bubur lambuk

(Visited 161 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button