Nasional

PM bakal perkemas peraturan menggunakan kalimah ‘Allah’

PERDANA Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berkata pada Selasa (23 Mei) bahawa kerajaan akan memperkemas peraturan yang bercanggah mengenai penggunaan kalimah “Allah” oleh orang bukan Islam.

Ini supaya peraturan itu selaras dengan keputusan raja-raja Melayu sebelum ini bahawa “Allah” tidak boleh digunakan oleh bukan Islam di Semenanjung manakala penggunaan bersyarat dibenarkan untuk bukan Islam di negeri-negeri Borneo.

“Apa yang perlu dilakukan ialah kerajaan perlu memperkemaskan supaya tidak ada peraturan yang dilihat bercanggah dengan keputusan raja-raja Melayu,” kata Anwar di parlimen.

Beliau menambah bahawa kerajaan mematuhi sepenuhnya keputusan raja-raja Melayu.

anwar

Beliau menjawab soalan Idris Ahmad, Ahli Parlimen Bagan Serai, yang meminta penjelasan berhubung penggunaan kalimah “Allah” boleh digunakan oleh orang bukan Islam di negeri Sarawak.

Anwar juga memberitahu parlimen bahawa proses penyelarasan, yang dipersembahkan kepada dan diperkenankan oleh raja, melibatkan pindaan atau penghapusan sebahagian daripada peraturan lama.

Cadangan untuk menambah baik peraturan berkaitan penggunaan perkataan itu oleh orang bukan Islam akan dibentangkan pada mesyuarat Majlis Raja-Raja pada Julai, tambahnya. -SM

Baca juga :Minggu perpaduan negara sebar semangat kebersamaan, PM

PENTING

1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;

2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

(Visited 138 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button