Nasional

Pandemik buka peluang hasilkan pelbagai inovasi – Raja Muda Perlis

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa pandemik COVID-19 telah membuka ruang dan peluang kepada para penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk menghasilkan pelbagai inovasi yang telah banyak membantu dalam operasi UniMAP dan organisasi dalam komuniti.

Baginda turut mengucapkan tahniah kepada semua pasukan penyelidik yang telah menghasilkan produk-produk seperti

i) DIY Face Shield for COVID-19 Medical Front Liners,
ii) Terowong Sanitasi Mudah Alih (Mobile Sanitising Tunnel) dan Kotak Sanitasi Mudah Alih (Mobile Sanitising Box),
iii) UniMAP Geo-location Based Attendance and Analytical System,
iv) Mobile COVID-19 Screening Booth,
v) Covid Buster Robot,
vi) Protective Intubation Device,
vii) Clinical Samples Arrival Alert System,
viii) Negative Pressure Isolation Chamber,
ix) Edible Bird Nest: A Cure For COVID-19,
x) Fabrication of Aerosol Box Proposal for COVID-19 Treatment Application,
xi) COVID-19 Mass Quarasure,
xii) COVID-19 Medical Diagnostic Device, dan
xiii) Foldable Intubation Hood.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat meninjau buat pertama kalinya ‘Dusun UniMAP’ di Kampus Alam UniMAP Pauh Putra baru-baru ini.

Keberangkatan baginda diiringi oleh Pengarah Jabatan Keselamatan universiti, DSP (KS) Mustafa Ismail dan Ketua Pejabat Naib Canselor, Mejar Muhamad Azuan Mohamad Nasir.

Menurut baginda, ‘Kekuatan akademik dan penyelidikan UniMAP juga digemblengkan untuk manfaat dan pembangunan komuniti. Selain daripada sumbangan sebahagian produk kepada klinik kesihatan dan hospital, UniMAP juga telah terlibat dalam 16 projek penyelidikan yang bersifat pemindahan ilmu, manakala 62 program lagi telah dilaksanakan untuk tujuan pengupayaan komuniti. Dua daripada projek yang dijalankan ialah Projek University for Society (U4S) di Pulau Tuba, Langkawi berupa projek Digital Language e-Manual, dan projek Keusahawanan Digital’.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Canselor universiti berkenaan lagi, ‘40% daripada program pengajian UniMAP telah terlibat dalam program Service Learning Malaysia University for Society (SULAM), justeru menyokong agenda nasional yang mensasarkan pemerkasaan peranan universiti dalam pembangunan komuniti setempat’.

(Visited 250 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button