Politik

Noh Omar umpama habis madu, sepah dibuang

HABIS madu, sepah dibuang. Selama berkhidmat dalam parti UMNO, akhirnya Tan Sri Noh Omar mengorak langkah keluar parti. Tidak salah beralih angin tetapi perumpaan bahasa Inggeris, don’t eat where you shit!

KETUA Penerangan UMNO, Isham Jalil

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil menyelar tindakan Noh yang mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja menghiris hati dan perasaan ahli-ahli UMNO tetapi amat menyinggung.

Berikut bidasan Isham terhadap individu bernama Noh Omar yang pernah duduk dalam jemaah kabinet dan menjawat jawatan sebagai Menteri.

Semalam Noh Omar kata orang UMNO kaki bodek. Setahu saya yang kaki bodek adalah Noh Omar. Dulu seingat saya semasa dia (Noh Omar) ingin jadi menteri, dia bodek PM Najib, dan sampai saya pun dia (Noh Omar) bodek, masa itu saya bekerja di Pejabat Perdana Menteri.

Dulu UMNO yang angkat dia (Noh Omar) sebagai wakil rakyat sehingga jadi menteri. Kini hanya beberapa bulan selepas dia minta dipecat dari UMNO dia sudah mula kutuk dan caci UMNO umpama kacang lupakan kulit. Hanya kerana dia ingin bertanding pilihanraya lawan UMNO.

Saya ingin ingatkan Tan Sri Noh Omar, UMNO banyak berjasa kepada kamu, jangan lupa itu. – SM

(Visited 90 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button