Hiburan

Festival Muzik dan Air terbesar di Sepang

BAGI anak muda sudah pasti ternanti-nanti satu festival hiburan yang berskala besar di Malaysia. Buat julung kalinya Malaysia bakal mengadakan satu acara yang menggabungkan pelancongan, seni budaya dan hiburan.

Tema utama festival muzik dan air, Out of The World (OOTW) bakal diadakan di Litar Lumba Antarabangsa Sepang (SIC) pada 26 sehingga 28 Mei ini.

Acara itu anjuran Genesis Entertaiment Sdn. Bhd. (Genesis Entertaiment) turut menampilkan pelbagai aktiviti seperti tema air bertingkat, persembahan artis terkenal, kesenian, bazar makanan dan banyak lagi kepada para pengunjung untuk menikmati hiburan yang menyeluruh.

Water of festival
Water of festival

Menurut Pengarah Kanan Tourism Malaysia, Iskandar Mirza bin Mohd Yusof, festival ini dapat menarik pelancong dari luar negara secara tidak langsung dapat menyumbang kepada ekonomi.

“Inisiatif seperti ini merupakan kunci untuk menjana permintaan antrabangsa terhadap acara seperti ini dan memacu perbelanjaan dalam sektor pelancongan.

“Saya juga ingin mengucapkan taniah kepada semua yang terlibat dalam penganjuran Festival Out of The World yang menyediakan platform kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Dijangkakan seramai 30,000 pengunjung akan menghadiri acara ini, secara tidak langsung dapat menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Entertaiment Sdn. Bhd, Lens Chan berkata, sudah menjadi tanggungjawab pihaknya untuk mempertingkatkan Industri hiburan dan pelancongan di Malaysia.

“Kami di Genesis Entertaiment menjangkakan untuk melangkaui semua jangkaan tentang festival Out of The World pada tahun ini.

“Dan tahun akan datang demi memaparkan Malaysia sebagai negara yang mampu membangunkan projek dan inovasi yang berkualiti kepada dunia,” katanya.

Selain itu inisiatif ini turut mengembangkan pasaran pekerjaan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dalam industri hiburan dan pelancongan.

Dengan keluasan 2 ekar (87,120 kaki persegi). OOTW akan menghiburkan para pengunjung dengan persembahan daripada artis tempatan dan antarabangsa
Antara artis yang akan adakan persembahan, Kumpulan Dolla, Insomniacks, Han Xiiao Aii dan ramai lagi akan memeriahkan acara tersebut-

Jika anda berminat untuk dapatkan tiket boleh layari  https://www.ootw.asia/

Harga tiket Festival Out of The World
Harga tiket Festival Out of The World

 

(Visited 347 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button