Nasional

Jay-Z, Serena William melabur dalam kedai kopi Indonesia, Malaysia bila pulak?

 

PENYANYI rap terkenal Jay-Z baru-baru ini telah melabur wangnya di Indonesia dalam sebuah syarikat rantaian kedai kopi yang semakin membina nama di negara itu, Kopi Kenangan.

Suami kepada penyanyi terkenal, Beyonce yang juga seorang bilionair turut melabur bersama bintang tenis ternama, Serena William, menurut akhbar The Jakarta Post.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kopi Kenangan, Edward Tirtanata syarikat itu mempunyai visi untuk membawa jenama itu ke peringkat antarabangsa.

Ujarnya, antara sebab pelabur seperti Jay-Z dan Serena melabur dalam syarikat itu adalah kerana mereka yakin dapat membawa jenama itu ke tahap antarabangsa.

Menurut Edward Tirtanata perjanjian antara mereka telah ditandatangani pada minggu lepas.

Serena telah melabur dalam Kopi Kenangan melalui syarikatnya, Serena Ventures, manakala Jay-Z pula melalui syarikatnya Arrive, yang juga subsidiari kepada syarikat pengurusan hiburan, Roc Nation Company.

Syarikat Kopi Kenangan adalah antara jenama yang paling pantas berkembang di Indonesia yang telah berjaya membuka 200 cawangan di 18 buah bandar dengan kakitangan melebihi 1,800 orang sejak dibuka pada 2017.

Syarikat tersebut turut merancang untuk menambah sehingga 1,000 cawangan dalam tempoh dua tahun termasuk di Asia Tenggara.

Bagaimanapun jumlah sebenar pelaburan antara kedua pihak tersebut tidak didedahkan.

Bila pula agaknya artis terkenal dunia seperti mereka nak melabur dalam syarikat di negara ini.

Nampak gayanya negara jiran kita kini semakin melangkah jauh dengan berjaya menarik pelabur luar dan ternama berniaga dan melabur di negara mereka.

Di negara kita pula tak habis- habis berpolitik sehingga ekonomi pun semakin teruk. Kita harapkan sesuatu perlu dilakukan kerana tidak mustahil Indonesia akan meninggalkan kita lebih jauh dalam hal ekonomi satu hari nanti.

Mungkin satu hari nanti pelabur terkenal dan ternama ini akan melabur dalam syarikat perniagaan asam pedas atau kopi mak limah satu hari nanti. -SM

(Visited 191 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button