
Jay Iswazir dan bekas isteri pilih jalan damai
HUBUNGAN tegang antara pelakon Jay Iswazir dan bekas isterinya, Azzahra Ahmad akhirnya menemui titik damai apabila kedua-duanya mencapai persetujuan untuk berdamai.
Menurut Jay, keputusan itu memberi ketenangan dalam hidupnya.
”Apabila kita meminta maaf dan memaafkan orang lain, hati menjadi lebih tenang” katanya.
Berkongsi lebih lanjut, Jay berharap agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.
“Saya percaya setiap orang melakukan kesilapan, tetapi ia bergantung pada bagaimana kita melihatnya sama ada ingin membalas atau menjadikannya sebagai pengajaran untuk kesedaran diri.
“Dalam rumah tangga, saya belajar tentang fitrah. Jika tidak memahami perkara ini, salah faham pasti akan berlaku” ujarnya.
Sebelum ini, Jay telah mengeluarkan notis tuntutan (Letter of Demand, LOD) terhadap Azzahra pada 19 Disember lalu, selepas mendakwa bekas isterinya mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.
Dengan perdamaian ini, diharapkan kedua-duanya dapat meneruskan kehidupan masing-masing dengan lebih tenang.