Ekonomi

Adnan Zaylani dilantik Timbalan Gabenor Bank Negara

Bank Negara Malaysia (Bank) hari ini mengumumkan bahawa Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Adnan Zaylani Mohamad Zahid sebagai Timbalan Gabenor untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 September 2023.

Sebagai Timbalan Gabenor, Adnan Zaylani akan bertanggungjawab menyelia sektor Pasaran Kewangan dan Pembangunan.

Beliau juga akan  menjadi ahli Lembaga Pengarah Bank dan terus menganggotai pelbagai jawatankuasa Bank, termasuk sebagai ahli Jawatankuasa Pengurusan, Jawatankuasa Dasar Monetari, Jawatankuasa Pengurusan Rizab,
Jawatankuasa Pengurusan Risiko Kewangan, Jawatankuasa Kestabilan Kewangan, dan Jawatankuasa Dasar Bersama.

Adnan Zaylani memulakan kerjaya beliau di Bank pada tahun 1994 dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Dasar Awam dari Blavatnik School of Government, University of Oxford.

Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Ekonomi Pasaran Global dan Sarjana Muda Sains dalam  bidang Ekonomi dari London School of Economics and Political Science.

Sepanjang tempoh kerjaya selama 29 tahun dengan Bank, Encik Adnan Zaylani terlibat dalam pelbagai bidang perbankan pusat yang merangkumi pelaburan dan pasaran kewangan, dasar pertukaran asing, kewangan Islam serta pembangunan sektor kewangan.

Beliau kini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pasaran Kewangan, serta ahli Jawatankuasa Eksekutif International Islamic Liquidity Management Corporation, Lembaga Pengarah Kumpulan Wang Amanah Persaraan dan  Lembaga Pengarah International Centre for Education in Islamic Finance. – SM

(Visited 60 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button