MahkamahNasional

Lelaki mengaku tak salah fitnah Yang di-Pertua Negeri Melaka, mufti

SEORANG lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini atas pertuduhan memfitnah Yang di-Pertua Negeri Melaka, mufti Melaka dan pengerusi Melaka Sentral Sdn Bhd menerusi video TikTok, dua tahun lalu.

Tertuduh, Abdul Razak Osman, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman, menurut Harian Metro.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu melalui video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok dalam kumpulan WhatsApp pada 3.30 petang, 21 November 2022, yang kemudiannya ditonton di Taman Seri Duyong 2, dekat sini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sampai dua tahun dengan denda atau dengan kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM3,500 dan menetapkan kes disebut semula pada 14 Februari depan untuk serahan dokumen. – SM

BACA PM Anwar mengeluarkan amaran keras fitnah terhadapnya

(Visited 37 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button