AgamaNasional

Selasa umat Islam mula berpuasa

UMAT Islam di seluruh negara akan mula berpuasa lusa, Selasa, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad melalui siaran langsung di kaca televisyen, sebentar tadi.

Tarikh permulaan puasa bagi seluruh umat Islam di Malaysia itu ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong dengan perkenan raja-raja selepas melihat anak bulan petang tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Selasa, 12 Mac 2024,” kata Syed Danial – SM

(Visited 21 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button