Nasional

Siasatan kes Al Jazeera: Beberapa individu telah dipanggil

Polis mengesahkan telah memanggil beberapa individu yang terlibat untuk membantu siasatan kes terhadap portal berita Al-Jazeera yang membuat liputan tidak tepat berkenaan layanan warga asing sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya juga akan memanggil wartawan Al-Jazeera serta semua yang terlibat dalam membuat liputan berita tersebut dalam masa terdekat.

“Sehingga kini, kita telah menerima lima laporan polis berkaitan kes ini.

“Tiada pihak yang akan terlepas daripada sebarang tindakan undang-undang sekiranya ada cubaan daripada pihak tertentu untuk memburukkan imej negara di mata dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Al Jazeera
Sebahagian daripada sedutan siaran berita Al Jazeera berkenaan layanan negara terhadap warga asing semasa PKP.

Menurut Huzir, laporan yang tidak berasas dan berat sebelah itu telah menimbulkan kegusaran serta kebimbangan majoriti rakyat negara ini.

Jelasnya, perkara itu seolah-olah menunjukkan kerajaan begitu lembut dengan pihak berkenaan apabila mereka menyiarkan berita yang tidak benar mengenai kejayaan kerajaan menangani penularan wabak Covid-19.

Tambahnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 (menghasut), Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menyiarkan berita fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahguna rangkaian perkhidmatan secara tidak wajar.

BACA> Mana nak lari Rayhan Kabir?

Laporan dokumentari Al Jazera bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’  mendatangkan kemarahan rakyat Malaysia apabila menuduh negara ini melayan pelarian asing tanpa izin secara zalim ketika pe nguatkuasaan Printah Kawalan Pergerakan.

‪Semalam Menteri Kanan Keselamatan Datuk Ismail Sabri Yaakob mencabar stesyen televisyen asing itu agar menamakan negara yang melayan pendatang asing tanpa izin dengan baik. -SM

(Visited 108 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button