NasionalPolitik

UMNO tak jemput Pas kerana SOP tak mengizinkan kata Tok Mat

UMNO tidak menjempur Pas ke Perhimpunan Agung 2021 kerana prosedur operasi standard berkaitan Covid-19 dan tempat duduk tidak mengizinkan kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Sebab tempat tak mengizinkan dan SOP, itu cakap bersopan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bagi Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), malam tadi.

Mohamad dalam masa yang sama turut mengulas status MN dengan berkata, hubungan kerjasama antara dua parti itu belum tertutup dan masih ada ruang untuk berbincang.

“MN belum ada penutup ia belum tamat lagi, kita kalau mengaji kita tamatkan ini dia (MN) belum tamat lagi walaupun dah sampai ayat akhir tetapi belum kita khatamkan, jadi elok kita sama-sama fikir.

“Tetapi kita perlu jelaskan seperti saya sebutkan tadi kita cuma akan bersama yang setia bukan orang yang banyak kolam, yang akhirnya nanti ramai orang akan keliru dan kita sendiri takut kita keliru,” katanya. – SM

(Visited 170 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button