Alam SekitarNasional

Penduduk Taman Bukit Berlian terkejut kejadian tanah runtuh

JANGAN bagi alam marah, penghuni bumi akan terima natijahnya. Itulah yang berlaku apabila tanah runtuh melanda penduduk yang tinggal di Taman Bukit Berlian, Seremban, Negeri Sembilan.

Kejadian tanah runtuh yang berlaku awal pagi tadi membuatkan penduduk bukan sahaja terkejut tetapi juga menggemparkan.

GAMBAR FACEBOOK AGENSI PENGURUSAN BENCANA

Menurut Agensi Pengurusan Bencana, ekoran kejadian tanah runtuh yang berlaku itu, tiga kereta terjerumus ke dalam gaung akibat pergerakan tanah.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak berkuasa telah mengarahkan penduduk yang tinggal berdekatan dengan kejadian tanah runtuh itu berpindah.

“Kita dapati ada enam rumah yang penghuninya perlu berpindah buat sementara waktu atas faktor keselamatan,” katanya. – SM

(Visited 334 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button