Nasional

Jasa dan pengorbanan mendiang Masing akan dikenang – PM

PEMERGIAN mendiang Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing yang berjiwa rakyat dan berwibawa merupakan satu kehilangan besar kepada negeri Sarawak dan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mengucapkan salam takziah kepada keluarga Timbalan Ketua Menteri Sarawak itu dan berkata, jasa serta pengorbanan mendiang akan dikenang selamanya.

Salam takziah buat seluruh keluarga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing, yang meninggal dunia awal pagi tadi. Pemergian mendiang satu kehilangan yang besar kepada Negeri Sarawak dan negara.

“Mendiang merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, berpandangan jauh dan berwibawa. Jasa dan pengorbanan mendiang pasti akan dikenang sampai bila-bila.

“Saya mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan semoga diberikan kekuatan serta kesabaran menghadapi saat duka ini.,” kata Ismail Sabri dalam satu kenyataan.


Masing meninggal dunia pagi tadi akibat komplikasi selepas disahkan positif COVID-19.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.05 pagi di Normah Sarawak Medical Centre, Kuching.

Masing sebelum ini telah dimasukkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif COVID-19 pada 28 September lalu.-SM

(Visited 36 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button