Nasional

JAS serbu kilang peleburan haram di Kuala Kangsar

JABATAN Alam Sekitar (JAS) Perak menyerbu sebuah kilang yang didapati menjalankan aktiviti peleburan logam secara haram di ladang kelapa sawit berhampiran Kampung Tasek Perkasa dan Kampung Bekor di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Teh Kok Lim berkata siasatan awal mendapati kilang itu menjalankan aktiviti peleburan menggunakan sisa pemasangan elektrik dan elektronik atau sisa terjadual SW110 sebagai salah satu bahan mentah.

Beliau berkata, kilang itu dipercayai beroperasi tanpa lesen sejak empat bulan lalu dan usaha mengesan pemilik sedang giat dilakukan.

“JAS memantau kilang itu sejak 29 Nov lalu dan kilang itu dipercayai hanya beroperasi pada waktu malam bagi mengelak dikesan pihak berkuasa selain disyaki menggaji pekerja asing,” katanya pada sidang media selepas operasi bersepadu terhadap kilang haram di sini semalam.

Operasi bermula jam 4.30 petang dan berakhir kira-kira jam 7 malam itu melibatkan polis, Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Kuala Kangsar, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak, Jabatan Imigresen Negeri dan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar ( MPKK).


Beliau berkata tiada tangkapan dibuat semasa serbuan itu. -SM

 

(Visited 53 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button