Hiburan

Janna Nick mohon maaf kepada netizen selepas pengikutnya menyerang

PELAKON terkenal, Janna Nick memohon maaf kepada netizen yang menyerangnya melalui laman media sosial kerana sering memuat naik status berbaur sedih akibat putus cinta dengan kekasihnya, Dini Schatzmann.

Menerusi Instagram miliknya, Janna berkongsi mesej daripada salah seorang pengikutnya yang meminta untuk tidak lagi mengenang kisah lama bersama Dini seolah-olah meminta simpati dan tindakan Janna turut disifatkan sebagai menyebalkan.

Susulan daripada status tersebut, Janna mengakui dia tidak cukup matang untuk mengendalikan perasaannya selepas putus cinta.

“Saya minta maaf seandainya posting saya menyakitkan mata dan hati sesetengah orang. Saya sedar, saya tidak cukup matang dan kuat untuk handle situasi macam ini.

“I’m so sorry. But I promise I’ll come back stronger, only time will heal”, catat Janna.

Dalam pada itu Janna turut memuat turun lagu nyanyiannya beserta lirik yang menggambarkan seolah-olah dia masih sedih tentang nasibnya.

“Terima kasih mentari senja
Pernah membelai hati yang dahaga,
Pernah mendakap jasad yang meronta,
Sedarlah aku sayang, tidak selamanya berpanjangan,
Sayangnya penghuni jiwa tidak lagi pulang” luahnya menerusi Instagram.

Umum mengetahui bahawa Janna dan Dini baru sahaja berpisah. Mereka juga sudah tidak saling ikut mengikuti di media sosial.

Janna juga sudah membawa diri ke Eropah mungkin untuk mengubati hatinya manakala Dinie pula masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengapa hubungan cinta mereka putus di tengah jalan. – SM

(Visited 306 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button