fbpx
Hiburan

Janna Nick terjatuh ketika mengacara Melodi

SALAH kasut tumit tinggikah atau Janna Nick hilang imbangan badan menyebabkan pengacara Melodi ini terjatuh ketika mengacarakan program hiburan tersebut secara langsung?

Pembukaan tahun baharu 2020 program Melodi yang dihoskan oleh Awal dan Janna membuka tirai dengan insiden yang berlaku secara spontan.

Dalam keghairahan Janna bercerita tentang karekter tomboy yang ada dalam dirinya dan transformasi menjadi lady like, Janna yang memakai sepasang kasut bertumit tinggi tersungkur ‘manja’ sewaktu barisan pelakon Kampung People ditemubual secara langsung oleh Janna dan Awal.

Insiden Janna terjatuh mendapat perhatian Mizz Nina yang membuat ciapan berunsur humor.

Benar seperti apa yang ditulis oleh Mizz Nina, nak ketawa atau simpati? Apapun, tulis Mizz Nina, beliau berharap Janna okay.


Melihatkan cara Janna terjatuh, memang tidak mendatangkan kecederaan ke atas selebriti itu.

Cuma yang tercalar mungkin ego Janna kerana ia berlaku ketika Melodi bersiaran secara langsung.

Mungkin juga Janna perlu menurunkan berat badannya supaya lebih mudah baginya untuk mengimbang badan apabila memakai kasut tumit tinggi.

Walaupun kasut yang dipakainya, tidaklah setinggi mana tetapi inilah yang dikatakan, malang tak berbau.

Tabik kepada Janna yang dengan muka selamba, meneruskan tugasnya sebagai hos Melodi. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button