Nasional

Selesaikan isu warga China, India yang bermastautin terlebih dahulu

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) perlu selesaikan terlebih dahulu isu lambakan pelancong warga China dan India yang bermastautin di negara ini sebelum memberikan pengecualian visa.

Isu keselamatan perlu diberi keutamaan berbanding sasaran jumlah pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020.
Untuk itu, isu pengecualian visa yang diberikan khusus kepada pelancong warga China dan India pada 2016 dan 2017 perlu dihentikan supaya hal yang berkaitan permastautinan mereka diselesaikan segera.

 

“Penyelesaian isu lebih 95 peratus pelancong China dan India yang tiada rekod tarikh keluar antara tahun 2016 hingga 2018 adalah perkara utama yang perlu diselesaikan kerajaan.

“Jumlah sebenar yang didedahkan oleh Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) ialah melebihi 115,000 orang dan berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 juga mendapati kira-kira 1.26 juta warga China dan 296,000 warga India sedang diproses secara manual di bawah MyIMMs,” kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Tuan Ibrahim berkata, kerajaan tidak boleh berkompromi atau mengambil mudah dengan kemasukan warga asing di negara ini.

Katanya, masalah kritikal yang dihadapi ialah wujudnya kelemahan serius dalam pelaksanaan Sistem Maklumat Pendaftaran Pelancong Elektronik (eNTRI) dan juga MyIMMs ketika pemprosesan di pintu-pintu masuk pelancong.

Sebab itu katanya pelbagai masalah timbul membabitkan pelancong asing yang datang ke negara ini seperti sindiket penjualan dan pemalsuan kad pengenalan, tangkapan hampir 1,000 warga China yang terbabit dengan penipuan dalam talian, penurunan had ambang pemilikan hartanah warga asing dan lambakan pendatang asing tanpa izin.

Oleh itu katanya, Pas mendesak supaya pengecualian visa tahun 2020 dibatalkan selagi isu-isu tersebut masih belum diselesaikan. – SM

(Visited 247 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button