Jenayah

Kes budak hilang diklasifikasikan semula sebagai pembunuhan

KUCHING: Polis mengklasifikasikan kes kehilangan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, Eric Chang Wei Jie, sebagai pembunuhan, menurut ketua polis daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah.

Katanya, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sebelum ini, ia disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Dua suspek iaitu seorang pengasuh dan suaminya telah ditahan dan akan direman untuk siasatan lanjut.

“Usaha pencarian sedang dijalankan di sekitar sungai Muara Tebas dan sekitarnya dengan bantuan polis marin Wilayah 5 Kuching, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM),” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi .

Eric dilaporkan hilang dari sebuah rumah di kawasan perumahan Bintawa di sini pada 7 Mac lalu.

Sementara itu, Ahsmon turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian mengenai kes itu kerana ia masih dalam siasatan.– BERNAMA

 

(Visited 358 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button